ADA APA PADA NAMA?? [2]

Islam

Islam dan orang Islam telah diberi nama semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi.

..Agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu sekelian
orang Islam semenjak dahulu.
Al Haj 22:78

Ketika Tuhannya berfirman kepadanya (Ibrahim) "Aslim" Islamlah kamu
(tunduk dan patuhlah) Maka telah dijawab Aku telah Islam (tunduk
dan patuh) kepada tuhan sekelian alam.
Al-Baqarah 2:131
Dan Ibrahim telah berpesan dengannya kepada anak-anaknya begitu juga
dengan Ya'qub. Wahai anak-anakku, sesungguhnya Allah telah memilih
untukmu satu cara hidup (agama) maka janganlah kamu mati melainkan
kamu orang Islam.
Al-Baqarah 2:132

Atau adakah kamu hadir ketika Ya'qub didatangi (tanda) kematian ketika
berkata kepada anak-anaknya Siapa yang akan kamu abdikan diri selepas ku?
Jawab mereka: Kami abdikan diri kepada tuhan kamu dan tuhan bapa-bapa
kamu (iaitu) Ibrahim, Ismail dan Ishak tuhan yang satu. Dan kami
orang-orang Islam.
Al Baqarah 2:133

Apa ada pada nama? Kita tentunya sebagai umat Islam telah mengetahui
bahawa Nabi-nabi semuanya Islam. Tetapi agak menarik juga ialah nama
orang Islam dari terjemahan muslim/muslimin atau muslimum telah
diguna pakai sekian lama.

Jadi ummat yang terdahulu pun adalah umat Islam. Jika nabi-nabi tersebut hidup
hingga zaman sekarang mereka tergolong dan akan mengolongkan diri sebagai
orang Islam. Jadi jika nabi Ya'qub dan anak-anaknya masih hidup
mereka akan bersama dengan orang Islam, jika mereka hidup tentunya
mereka di kalangan orang-orang Palestin.

Begitu juga Fir'aun boleh dilihat sebagi menindas ummat Islam.
Hingga apabila ia hampir tenggelam berkatalah ia: Aku percaya
tiada tuhan melainkan tuhan yang dipercayai oleh Bani Israil. Dan
aku termasuk dari kalangan orang Islam.
Yunus 10:90

Jadi dalam keadaan sudah terlambat Firaun ingin menjadi orang Islam.
Cuma keadaan zamannya menjadikan nabi-nabi terhad pada kaumnya sahaja.
Sedangkan semua nabi-nabi dan rasul-rasul adalah Islam, milik orang Islam.

Israil

Telah diketahui bahawa Israil adalah satu gelaran kepada Nabi Ya'qub.
seperti tersebut dalam alQuran (rujuk kiriman sebelum ini) Ali Imran 93
Jadi nama "Israil" apa-apa bentuk ejaan maupun sebutan yang digubah
darinya adalah milik © dan hak orang Islam. Tidak berhak lah orang Yahudi
menggunakannya. jangan kita berikan hak, jangan diiktiraf.

Tetapi agak mendukacitakan apabila apabila kita menunjuk perasaan
ada slogan melaknat, mengutuk Israel. Untuk ini kita patut faham dan
mempraktikkan dasar luar negara iaitu dasar dalam hubungan antara negara
yang tidak mengiktiraf negara zionis itu. Tidak mengiktiraf kewujudannya
Jangan digunakan "Israel" untuk merujuk negara Yahudi tersebut.
kita boleh gunakan istilah zionis atau regim Tel-aviv. Termasuklah
semua media berhuruf buku-buku, peta-peta, dokumen komputer dan
apa sahaja yang melabel negara Israel perlu ditukar kepada Palestin.

Dari sini kita boleh faham kenapa Hamas tidak akan mengiktiraf negara
zionis tetapi sanggup berdamai bersyaratkan orang Palestin dibenarkan
pulang ke kampung halaman mereka.

Bukanlah Ibrahim a.s. seorang yahudi dan bukan juga nasrani
tetapi dia adalah seorang yang lurus (hanif) musliman
Ali-Imran 3:67

Kita sedar orang Yahudi sudah biasa menuntut dan mengaku perkara yang
bukan hak mereka. Mereka tidak boleh tuntut bumi Palestin sebagai negara
mereka dan mereka tidak boleh tuntut nama Israel untuk negara mereka.
Hak mereka tidak lebih seperti manusia lain-lainnya.

Mereka juga mendakwa mereka adalah manusia yang lebih mulia dari
lain-lain bangsa sepertimana mereka dakwaan mereka.

Dan telah berkata orang-orang Yahudi dan Nasara kami ini anak-anak
Allah dan kekasih-kekasih-Nya
(amboi-amboi!- penulis) Katakanlah
jika begitu mengapa kamu diazab kerana dosa-dosa kamu?
bahkan kamu adalah manusia biasa dari yang telah diciptakan...

Al Maidah 5: 18

Kita bukan melupai masjidil-aqsa tetapi telah bersabda Rasulullah s.a.w
Seorang mukmin lebih mulia kehormatannya dari Kaabah
riwayat Ibnu Majah.

Dan kita mengetahui dari sunnah nabi-nabi dan melihat sekarang bahawa
orang-orang mukmin akan terus berdiri teguh dalam seburuk mana
keadaan pun dan mereka ini (ramai) tinggal di sekitar Baitul maqdis.
Jangan diperkecilkan Palestin hanya tebing Barat (tempat Baitul Maqdis)
dengan jalur (sempit) Gaza. Tempat yang dirampas zionis semuanya
sekali milik umat Islam. Tempat yang dijanjikan dahulu dan akan datang
hingga akhirat semuanya atas nama Islam. Walaupun kita tahu orang
Palestin bukan semuanya Islam tetapi Hamas memimpin dan
membawa imej Islam kepada semuanya. Demikianlah Allah meninggikan
syariatnya di atas segala agama. Allah akbar.

Comments

mutiara bd said…
laaa, kaklong pun baru perasan fasal israel tu. Ayoh ko royak? nah baca mano?