ANTARA SERUAN AZAN DAN TIUPAN ISRAFIL

Masalah gangguan yg dihadapi ketika menunaikan solat itu bukan sekadar terjadi kpd org awam, malah turut berlaku kpd Rasulullah dan juga para sahabat. Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah mengembalikan semula sehelai gamis [baju] yg telah dihadiahkan kepadanya oleh Abi Jahmin dan minta diganti dgn baju yg lain. Ini kerana baju itu mempunyai corak dan beranika warna yg telah menganggu fikiran Rasulullah ketika Baginda memakainya utk solat.


Riwayat tersebut menunjukkan bahawa Rasulullah juga pernah terganggu fikirannya ketika solat apabila Baginda memakai baju yg bercorak-corak dan berwarna-warni. Apabila mata menatap benda yg bercorak, fikiran akan segera berperanan memikirkan corak-corak dan warna-warni itu. Kerana itu Rasulullah terpaksa memulangkan baju itu semula kerana fikiran Baginda terganggu ketika solat, dan memintanya (jika tidak keberatan) agar menggantinya yg lain, iaitu gamis yg tidak bercorak-corak dan berwarna-warni.

Demikian juga yg berlaku kpd Saidina Osman b Affan pernah terganggu fikirannya kerana memikirkan ladang kurmanya ketika solat, sehingga ia mengambil keputusan menghadiahkan kebun itu kepada Rasulullah kerana baginya solat itu lebih besar nilainya jika dibandingkan dgn ladang kurmanya itu. Walaupun ladang itu akhirnya dijual oleh Raslullah dgn harga 5, dinar, namun wang sebanyak itu tidak dapat menebus solatnya yg cacat oleh gangguan harta itu.

Dua peristiwa itu memperlihatkan bagaimana langkah yg diambil oleh Rasulullah dan Saidina Osman bagi mengatsi gangguan dlm solat. Mereka telah menghindari setiap perkara yg menjadi penghalang bagi mencapai segala tujuan solat yg sebenarnya. Meskipun Rasulullah seorang Nabi yg maksum namun Allah memberinya pengalaman mengenai gangguan dlm solat itu dgn hikmah agar umatnya dpt mengambil iktibar darinya, sesungguhnya solat itu adalah suatu urusan yg besar.

Apabila seseorg itu mendengar laungan azan yg menandakan masuknya waktu solat fardhu maka hendaklah ia merasakan bahawa LAUNGAN AZAN itu BAGAIKAN TIUPAN SERUAN SANGKAKALA yg ditiup oleh MALAIKAT ISRAFIL, suatu tiupan yg mengejutkan seluruh manusia yg Allah bangkitkan dari alam kuburnya seperti satu babak yg sangat dahsyat iaitu menandakan bermulanya hari kiamat.

Laungan azan oleh bilal bertujuan utk mengejutkan manusia yg sedang tidur atau lalai kerana urusan duniawi utk mendirikan solat. Terutamanya ketika menjelang subuh, sudah pasti kebanyakan manusia sedang tidur lena, apatah lagi ketika cuaca dingin malam menjamah kulit, alangkah nyamannya apabila kain selimut ditarik utk menutupi badan. Ketika itu, azan pun dilaungkan dari menara masjid oleh bilal dengan nyaringnya.

Dengan itu, bayangkanlah seruan azan itu laksana tiupan kedua oleh Israfil yg mengejutkan manusia kerana mereka telah dibangkitkan dari alam kubur bagi menjalani satu babak hari kiamat dengan bermulanya himpunan besar di Padang Mahsyar. Tentulah tiupan oelh Malaikat Israfil itu amat menggerunkan.

Sekiranya hati sering diingatkan dgn peristiwa Padang Mahsyar setiap 5X dalam sehari iaitu ketika seruan azan dilaungkan oelh bilal, maka sudah tentu tidak ada lagi ingatan yang lain. Lupa segala kesenangan hidup dgn kemewahan duniawi, tidak terfikir lagi anak isteri, jawatan tinggi, pangkat kedudukan kerana Padang Mahsyar itu menyebabkan seluruh fikiran dan perasaan tertumpu kepadanya.

Terhantarnya diri ke Pandang Mahsyar itu tidak dapat tiada akan dibawa bersama segala amalan baik dan buruk, awajib dan haram, sunat dan makruh, serta harus akan dibawa bersama. Pergi ke Padang Mahsyar adalah suatu pemergian yg tidak akan kembali semula ke dunia. Pemergian yg memutuskan segala angan-angan dan cita-cita utk mencari kesenangan, mengejar kekuasaan melalui pangkat dan kedudukan. Apabila dengar seruan azan maka bayangkanlah seolah-olah tiupan sangkakala dan malaikat Israfil. Bersegeralah menyahut seruan bilal itu dgn meninggalkan segala urusan, kerabat dan taulan, sebagaimana terdengarnya tiupan Israfil yg ke-2 menyebabkan sekalian manusia mahu atau tidak mahu terpaksa berhimpun di Padang Mahsyar dgn segera tanpa berlengah-lengah lagi.

Semua gambaran di Padang Mahsyar itu sepatutnya menjadi iktibar utk bertindak segera menyediakan diri bagi melakukan solat dengan melengkapkan semua syarat yg diperlukan. Org yg melaungkan seruan azan itu pula hendaklah sedar bahawa tugas yg dilakukan sebagai muazzin itu bukan yg dilantik makan gaji, sebaliknya hendaklah ia sedar bahawa kalimah yg diucapkannya itu adalah suatu kalimah yg didatangkan dari langit. Dia melaungkan setiap hari 5X, bagaikan malaikat Israfil yg meniup serunai sangkakala utk menghimpunkan manusia di Padang Mahsyar. Sebelum ia menyedarkan org lain hendaklah ia sendiri sedar bahawa tugas yg dilakukannya bagaikan malaikat Israfil yg mengejutkan manusia bangkit dari kubur.

Comments