Emas, Wang Fiat, Riba

Assalamualaikum and こんいちわ。

Untuk artikel kali ini, penulis tukar mode sikit. Nak bercakap dalam bahasa Melayu. ~~~ヾ(^∇^) sebab senang sikit. Lagipun artikel ni dah ditulis sejak berzaman lalu. Baru sekarang nak terbitkan.

Sekarang, kita akan menyentuh sedikit berkaitan ekonomi. Saya ingin berkongsi ilmu pengetahuan yang saya dapat ketika menghadiri sebuah ceramah pada beberapa bulan yang lepas. Kita semua mesti pernah dengar krisis matawang. Macam mana boleh berlaku krisis matawang?

Untuk pengetahuan umum, orang Amerika sebenarnya beli sayur (benda-benda yang macam patutnya beli dengan duit) pakai RIBA. Macam mana? Dengan menggunakan plastik atau lebih dikenali dengan kad kredit. Sebabnya kalau guna duit kertas, kita tidak mendapat diskaun tetapi jika menggunakan kad kredit, diskaun akan diberikan. Begitulah teknik yang diperkenalkan oleh pihak bank bagi meningkatkan penggunaan kad kredit dalam kalangan pembeli.

Majoriti 90% orang yang guna kad kredit secara pastinya tidak akan dapat bayar. Bank mengetahui perkara ini dari awal lagi. Jadi sebagaimana yang kita ketahui, pemegang kad kredit tidak akan dapat lari daripada riba yang dikenakan, paling kurang dicas 15%. Jadi persoalan besarnya sekarang adalah untuk orang Muslim. Orang-orang Muslim tidak dibenarkan terlibat dengan jual beli yang mengandungi unsur riba (kecuali dengan beberapa syarat).

Pada masa ini, kadar pengangguran semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kebanyakan semua jual beli (seperti rumah, kereta, makanan) dilakukan melalui pinjaman(hutang). Jadi hutang semakin meningkat dan sehingga menyebabkan seseorang itu tidak mampu untuk melangsaikannya. Bank akan mengambil tindakan dengan menyita atau merampas dan kemudiannya melelong barang tersebut. Tetapi akan tiba suatu masa dimana barang tersebut tidak akan laku lagi kerana semua orang pada masa itu juga mempunyai masalah kewangan. Jadi belilah sesuatu benda itu mengikut kemampuan diri masing-masing bagi mengelakkan daripada diisytihar muflis.

Faham tak apa yang gambar ni cakap?
Umum mengetahui bahawa duit sekarang boleh dicetak menggunakan kuasa politik. Nabi ada berpesan dalam khutbah terakhir supaya jauhi riba. Tetapi bank conventional ada riba, gharar, dan batil. Dulu 3biji botol air boleh dibeli dengan harga RM1. Tetapi pada tahun seterusnya, hanya 1 botol air dapat dibeli dengan harga RM3. Ini adalah berlaku disebabkan inflasi kerana duit lebih banyak berbanding barang yang dijual.

Harga emas semakin menaik manakala duit semakin menurun. Duit tidak pernah naik tetapi sentiasa turun. Sebab duit tidak pernah naik adalah berpunca daripada bank convensional.Jadi kalau ada peluang, beli dan simpanlah emas banyak-banyak. Tetapi jangan lupa bayar zakat pulak!!

Jom berkenalan dengan istilah reserve loan. Katalah A simpan duit RM100. Reserve loan bank tu 10%. Jadi, bank boleh cetak duit sebanyak RM90 (klone) lagi. Ini menyebabkan ada satu barang tetapi ramai orang ada kuasa beli. Maksimum klone kuasa bank adalah 90%. Duit sebenarnya banyak mengalir secara maya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang riba, bank, kad kredit serta ulasan selanjutnya, boleh layari blog ni (saya tulis juga. tapi kat tempat ni.)----->http://pj-sempoi.blogspot.com/2011/06/kad-kredit-hutang-dan-duit.html

Comments