learning (142) diary (105) picture (92) religion (91) recipe (35) IT (25) others (25) iium (24) video (17) language (14)

Monday, October 22, 2012

5 CARA BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN


Assalamualaikum.. Apa khabar iman?
Antunna semua mesti selalu baca quran kan setiap hari. Tapi pernah tahu tak yang kita ada cara nak berinteraksi dengan Quran? Kalau tak tahu lagi, jom baca selanjutnya...


PERTAMA : FAHAM BAHASA ARAB

Dalam Qur’an ada pelbagai jenis kisah, pengajaran, nasihat, dan etc. Seronok sebenarnya kalau kita faham Quran ni. Mesti anda pernah solat dimana imam nya membaca surah yang sangat panjang. Kita yang dibelakang ni dah nak ‘bosan’ atau dengan bahasa mudahnya, lenguh kaki dan mula fikir pelik sikit – “kenapa lah imam ni baca panjang-panjang sangat. Kalau nak mengulang hafazan pun, tak payah la waktu solat.” Ada juga imam yang macam suara nak menangis (tapi tak nangis la waktu tengah solat) waktu baca ayat tertentu. Pernah terfikir tak kenapa imam buat dan jadi macam tu? Sebabnya, dia sedang menghayati makna ayat yang dibacakan. Subnallah..

Thursday, October 18, 2012

Siapa anda untuk saya tunggu?

Assalamualaikum. Ni hao. Konnichiwa. 

Sebenarnya dah lama nak cakap benda  ni tapi ni baru boleh tulis... ok, sangat panjang dan mungkin susah nak faham. tapi kalau nak baca, kena baca sampai habis ya.. ni berdasarkan surah maidah ayat 56... 

rasa2nya, apa yang terfikir di minda kita kalau terjumpa dengan orang macam bawah ni?

(cerita 1)
katakan flight nak berlepas.
flight tidak akan menunggu penumpang kalau penumpang lambat.
secara logiknya penumpang la yang kena kejar flight kan?

cuba imagine ni. katakan, itulah satu2nya flight yang terakhir untuk berlepas dari Jepun ke Malaysia sebab ada tsunami. tapi anda yang jadi penumpang t

u tengok je..sibuk nak borak2, lepak2, tido2 walaupun dah tahu& nampak flight tu nak berlepas pada bila2 masa. tapi dia memang nak keluar dari tempat tu. beria-ia lagi cakap dengan geng dia kata nak pegi malaysia. tapi gaya dia tak selari pun dengan kata2.

agaknya dia ni.......normal tak.......atau .........zzz..... (isi tempat kosong)"