Tazkirah : Ujian Mukmin Sejati

Peringkat ujian dalam Islam untuk seorang mukmin ialah:

1. Ujian BERUSAHA MENCARI.
2. Ujian MEMAHAMINYA
3. Ujian KERANA TEKUN MELAKSANAKANNYA
4. KESABARAN MELALUI SUSAH PAYAH BERSETIA DENGANNYA
5. BERISTIQAMAH BERPEGANG DENGAN keasliannya dalam apa jua keadaan.

Kelima-lima tahap ujian yang getir ini sanggup dilalui oleh orang mukmin semata-mata kerana dia yakin bahawa di sana adanya pembalasan nikmat syurga ataupun azab neraka. Kedua-dua syurga dan neraka ini pun telah dipastikan kewujudannya justeru kedua-dua 'rumah nikmat dan azab ini' telah disaksi dan disahkan sendiri oleh Nabi SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan.

Bagi seorang mukmin yang sebenar, dia melihat anugerah Islam dalam kehidupan beragamanya sebagai kesempatan terbaik untuk melalui terowong hidup yang satu-satunya ini, yakni untuk mengumpul sebanyak-banyak pahala melalui segala aktiviti hidup berasaskan ketaatan yang sepenuhnya kepada arahan Allah SWT. Agama baginya adalah jalan hidup dan sebuah sistem hidup. Ia sebuah millah.

Comments