Semangat Hidup

Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa

Malam ini saya hendak tulis perkara berkisar topik atas ini. Mungkin ringkas mungkin jadi panjang. Sebenarnya saya tidak berapa ada 'mood' hendak menulis. Mungkin kerana semangat hidup yang berkurang atau mungkin ada masalah-masalah psikologi lain. haha bunyi macam lain macam saja kan? :p Biasalah, manusia mestilah tidak lari daripada masalah, lebih-lebih lagi kalau perempuan. Benda kecik pun boleh jadi masalah besar. Siapa yang tidak ada masalah dalam hidup la sebenarnya bermasalah. haha

Menarik sebenarnya belajar psikologi. Cara paling senang nak belajar ialah kena rajin buat pemerhatian, dan analisa. Nanti anda dapat perhatikan banyak persamaan dalam kalangan manusia.



Ok, sampai hari ini, sudah lebih kurang 5 bulan tamat belajar dan bercuti di rumah. Memang seronok dan boleh kata dah puas rehat. hihi~ Macam-macam dah buat. Semua jenis resepi masakan yang teringin nak makan sampai muak, sudah habis dibuat. Menjahit baju sendiri banyak helai pun sudah. Tidur puas-puas pun sudah. Tengok FB sampai pening dan membosankan dan meloyakan. Tambah-tambah kalau suka 'stalk' orang. haha Tapi nasihat saya, tak payah la 'stalk' orang. Menjatuhkan semangat hidup, menyebabkan kita jadi kurang bersyukur dengan rezeki Allah bagi, dan paling penting sekali, BUANG MASA!! haha

Disebabkan semua benda dah dapat, maka akan berlakunya krisis dalaman diri. Untuk apa lagi aku hidup? Apa tujuan aku hidup sebenarnya? Rasa nak mati, tapi nyawa kita Allah yang pegang. Sampai masa kita akan pergi. Cuma sekarang bukan masanya lagi. Jadi, selagi bernyawa, selagi itu kita perlu berusaha menjadi 'khalifah' dan hamba Allah di bumi ini.

Apa kaitan semua cerita atas ni dengan semangat? Ok, ni baru nak masuk al-kisah. Semua orang ada gelombang, pasang surut, turun naik semangat. Kadang-kadang sangat bersemangat, kadang-kadang sangat 'down'. Tapi kalau perhati, masa kita sangat 'down' tu adalah masa kita jauh daripada Allah. Kita tak ingat kat Allah dalam amalan kita, dalam hidup kita. Jadi, Allah tarik SEDIKIT nikmat yang menyebabkan kita leka dan alpa supaya kita kembali kepada Allah. Terharu kan.. Itu menunjukkan Allah masih sayang kat kita. Allah tak mahu kita hanyut dengan nikmat yang menipu, nikmat yang sementara. Allah nak beri balasan nikmat yang lebih hebat, lebih kekal kat akhirat nanti. Jadi sepatutnya kita bersyukur sangat-sangat bila Allah buat kita rasa sedih. Bila rasa sedih, tiada semangat, kita akan mula berfikir. Itulah fitrah manusia. Kita akan mencari bagaimana untuk menenangkan diri sendiri. Mengapa kita berasa tidak tenang, gundah, sedih, tiada semangat walaupun kita sudah memiliki segalanya?

Salah satu cara nak mengurangkan rasa sedih ialah menangis. Ya lah, menangis puas-puas lepas tu kurang la sikit kan. hihi~ Lebih elok kalau menangis waktu qiamullail. Mengadu pada Allah. Doa minta Allah kuatkan keimanan kita, kuatkan kesabaran, berikan kekuatan kepada kita menempuh ujian dan cabaran hidup.

Kalau kita perhatikan disekeliling kita, kita lihat ramai orang dikurniakan nikmat yang banyak. Mungkin dia bernasib baik berbagai-bagai nikmat duniawi yang dia dapat. Harta kekayaan, kereta, anak-pinak, mampu melancong, jawatan tinggi, disanjung ramai, cerdik, petah berkata-kata, sihat tubuh badan, mampu melakukan apa sahaja, dan bermacam-macam lagi. Ini semua hanyalah pandangan manusia. Siapa tahu dia tidak nyenyak tidur malam kerana memikirkan masalah yang bergunung? Daripada kita membandingkan diri kita dengan benda duniawi, lebih baik bandingkan dengan amalan soleh yang dilakukan oleh orang soleh. Saya boleh katakan buang masa saja jika anda asyik melihat kelebihan duniawi orang lain. Selagi anda kejar dunia, selagi tu anda tidak akan puas. Semakin banyak nikmat anda dapat, semakin tidak cukup.

Jadi, macam mana nak dapatkan semangat?
Mudah saja. Minta pada Allah. Usaha dekatkan diri kepada Allah. Tuntut ilmu agama.
Jangan jangan jangan jangan sesekali berharap pada manusia. Sekiranya anda mengharap kepada manusia, memang anda akan kecewa. Kecewa yang amat. Walaupun anda berharap kepada ibu/bapa/pasangan hidup/kawan rapat/ sesiapa sajalah. Mereka boleh memutuskan harapan anda dengan hanya satu perkataan "sorry tiba-tiba saya tak dapat bantu". Itu ok lagilah sekurang-kurangnya dia memberi jawapan jelas. Apa akan jadi sekiranya tiba-tiba orang itu hilang sekelip mata terputus hubungan? Kita akan sedih yang amat kan? Tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami masalah kita dengan tepat. Tiada siapa akan bersimpati dengan anda dengan setulus hati. Manusia masing-masing sibuk dengan sendiri. Sekiranya anda tidak berusaha, masakan rezeki boleh datang bergolek..

Macam mana kalau semangat tu tak datang-datang lagi?
Teruskan hidup seperti biasa. Semangat tu perlu dicari. Selepas berdoa minta kepada Allah, cari lagi. Selagi kita berusaha, Allah akan tunjukkan jalan. Tidak perlu berfikiran singkat untuk bunuh diri kerana masalah tidak akan selesai. Kita ada dunia ke 2 iaitu akhirat. Selesai di dunia, tapi merana kat akhirat. Lebih baik merana di dunia, tapi bahagia di akhirat. Akhirat ni hidup kekal abadi. Jadi, baiklah merana sekejap di dunia. Kan? :)

Kenapa tiba-tiba saya tulis pasal ini?
Sebabnya saya suka berkongsi benda-benda yang terfikir dibenak. Saya suka berfikir dan mengaitkan dengan orang dikeliling. Bila menulis begini, saya harap dapat membantu memberikan semangat kepada sesiapa yang mencari-cari semangat hidup yang pudar.

Kadang-kadang juga, nasib kita kurang baik (dengan kata lain, Allah nak uji anda sebab tahu anda kuat), kebanyakan orang keliling kita memang sangat 'menguji kesabaran' kita. Semua kita buat tak kena, salah, tak betul, teruk pada pandangan mereka. Jadi, anggap sajalah itu perkara kecil. Yakin diri dan teguhkan iman. Abaikan mereka yang akan melemahkan semangat anda. Buang masa saja kalau melayan sikap mereka. Jalan kita tak sama dengan jalan mereka. Mungkin kita insan terpilih (haaa...perasan gitu.. hihihi~)

Sekarang bila dah besar, rasa macam nak kembali jadi kanak-kanak. Rupa-rupanya best jadi budak-budak sebab tak perlu fikir macam-macam. Tapi fitrah hidup ialah membesar. Kalau tak membesar, ada penyakit la tu... Dulu masa kecik-kecik, selalu kita ada kawan baik, kawan rapat. Tapi sebenarnya (kalau la ada budak-budak yang baca artikel ni),  semua tu hanyalah 'halusinasi' semasa. Maksud halusinasi tu ialah benda tu sementara yang amat-amat dan dongengan. haha Nanti mesti orang kata, mungkin sebab saya tiada kawan baik bla3..... Tapi, ni berdasarkan pemerhatian saya lah juga. Ramai juga kawan-kawan saya update status FB kata demikian. Saya pun jadi rasa pelik juga sebenarnya. haha

Sebenarnya banyak plan saya nak buat masa lapang seperti belajar bahasa hokkien dan mandarin, mantapkan ilmu farmasi, dan membuat video. Tapi semangat tak berapa kuat. Jadi bila tulis begini, harap-harap saya akan jadi lebih kuat. Hehe~ Btw, saya tak suka berkongsi masalah dengan manusia lain. Saya rasa malu dan tidak selesa sekiranya orang lain tahu masalah saya. Sebabnya mungkin saya nak elakkan perasaan berharap kepada manusia. Saya juga tak sabar nak masuk alam pekerjaan yang lebih mencabar. Bila lagi nak mencabar diri sendiri kan. Umur tak panjang. Jadi, cubalah buat selagi termampu. Paling-paling teruk cabaran pun tak la sampai 'tamat riwayat' kan... Kecuali la musuh politik. Sekarang bukan boleh main-main politik. Silap gaya memang tamat riwayat hidup. Nauzubillah.

Pengajaran / Iktibar artikel kali ni hanyalah :
1. Dekatkan diri kepada Allah sebanyak-banyaknya.
2. Jangan berharap kepada manusia kerana anda bakal kecewa dan teseksa. Walaupun manusia itu bernama teman rapat, berjanji setia, ber macam-macam lagilah. haha Dengan bahasa lain, don't put high expectation to people. haaa..gitu...hahaha
3. Teruskan berusaha dan mencuba.

Ok, itu saja setakat ini.. Kalau pun anda tahu saya dialam betul ni, saya takkan cakap masalah saya secara 'direct'. Biarlah saya simpan sendirian. Perasaan kecewa mengharap kepada manusia mengatasi semua masalah-masalah saya lain. haha

Jaane~ Zai jian~

Comments