Catitan Kata-kata Hikmah (2009)

Assalamualaikum, Ni hao, konnichiwa


Berikut adalah catitan lepas semasa tahun 2009. Tak sangka sangat bersastera masa ni. haha Kalau rasa tertekan atau masalah banyak sangat, elok la baca benda bawah ni. Best~ Rasanya ada banyak lagi kata-kata hikmah yang saya jumpa. Tapi nanti saya akan buat post baru. hihi~ Saya minat benda-benda begini.

Buku : MEMBINA JATI DIRI GEMILANG (oleh HM Tuah Iskandar)

10 Cara Membina Motivasi Diri
1. Perbaiki imej
2. Lakukan senaman ringan
3. Senyum
4. Berfikiran positif
5. Dapatkan tidur yang mencukupi
6. Luahkan pada seseorang
7. Curahkan diatas kertas
8. Bersedia untuk berubah
9. Cari kegemaran baru
10. Tegas dengan diri sendiri

KATA-KATA HIKMAH PENGUAT DIRI :

1. Jinak-jinakkan diri anda dengan sungai sebelum membeli joran. Biar tidak mendapat ikan kerana tiada joran daripada ada joran tetapi disengat ikan

2. Silapnya kita ialah sentiasa menyangka diri cukup pandai, cukup berilmu, cukup hebat, cukup lawa, cukup dikagumi, malah cukup segala-galanya. Padahal kehidupan itu sendiri sentiasa mentertawakan kita kerana kedunguan kita tatkala meniti di atasnya.

3. Anda tidak usah menangis ditinggalkan kekasih curang, tapi tangislah bagaimana penilian Allah terhadap anda semalam, hari ini, dan masa-masa mendatang.

4. Hidup bukan untuk menderita dan membina jambatan ke neraka, sebaliknya untuk mengecapi sebanyak-banyak bahagia untuk diteruskan di syurga.

5. Kesabaran adalah minyak pelincir bagi roda kehidupan

6. Kegagalan hanya satu persimpangan dan bukanlah satu jalan mati

7. Keupayaan bermain imaginasi adalah keupayaan memahami otak, mengawal, dan meransangnya agar ia menjadi salah satu mekanisme yang boleh merealitikan semua yang diimpikan.

Jaane~

Comments