Resepi - Kepah Masak Lada

Assalamualaikum,  ni hao, konnichiwa.

Kali ni nak berkongsi resepi kepah masak berlada. Dah buat 3x memang sedap. Tapi selalu terlebih kuah, hihi sebab air kepah keluar banyak. Kepah ni tak berbau kuat macam kerang. Harga paling murah boleh dapat kat area negeri ni RM5 sekilo. Saiz kepah boleh kata besar. 

Gambar yang dah masak selalu lupa nak ambil sebab masa dah siap masak, selalu lapar sangat. Kikiki
Ni gambar kuah tengah masak


Bahan-bahan

1. Halia (1/2 inci) - diketuk
2. Serai (1batang) - diketuk
3. Kepah (1kg) - rendam dalam air biasa beberapa jam sebelum guna
4. Gula (4tbsp - ikut citarasa anda)
5. Lengkuas (3 hiris) - kisar
6. Sos tiram (2tbsp)
7. Bawang merah (6biji) - kisar
8. Bawang putih (2biji) - kisar
9. Cili hidup merah (4biji) -kisar
10. Buah keras (2biji)  - kisar
11. Cili padi (5 biji - ikut tahap kepedasan yang disukai) - kisar
12. Limau kasturi (2biji)
13. Minyak masak (1 senduk)

Cara : 

1. Kisar bawang merah,  bawang putih, lengkuas, buah keras, cili padi, dan cili hidup. Pastikan tidak terlalu hancur.
2. Ketuk halia & serai.
3. Panaskan minyak masak dan masukkan bahan kisar dan serai dan halia.
4. Masak sehingga pecah minyak (masak). Biasanya biarkan sampai agak kering kuahnya.
5. Masukkan sos tiram dan perah limau kasturi dan gula.
6. Basuh kepah & masukkan ke dalam kuah tadi. Gaul & tinggalkan selama lebih kurang 40 min atau sehingga semua kepah terbuka&masak. Guna api kecil. Tak perlu tambah air sebab air daripada kepah akan keluar banyak.
7. Rasa sekiranya gula cukup atau tak.
8. Sedia dimakan panas2. Lagi sedap kalau makan panas2.hehe

Memang sedap macam beli kat kedai. Hehe Selamat Mencuba~!

Ok itu saja kali ni. Jaane~ Zai jian~

Comments